Saturday, August 13, 2011

Ramadhan di bumi Palestin

Sertailah kempen membantu saudara anda di Palestin: RM10/RM5/RM3/RM1
melalui sms kepada tabung Aman Palestin. Contoh  PALESTIN 10 send 39111

Atau terus ke akaun Aman Palestin Berhad
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880

Dapatkan berita terkini Palestin melalui www.amanpalestin.net
facebook AmanPalestinMalaysia

Maklumat lanjut hubungi
Miftahuddin Kamil (Pengurus Kota Damansara)
0196227019, 0122637444

Sumbanglah untuk membantu mereka bersahur dan berbuka.
salam ja

Friday, August 12, 2011

Jiwa BERSIH

Sudah sebelas hari berpuasa. Antara hikmah berpuasa ialah melahirkan insan yang bersih jiwa. Jiwa kacau kerana ada yang tidak bersih. Nampak bersih tapi kotor.
Ada yang lebih sudu dari kuah. Yang membangangkan diri dan yang menjadi pencacai hina. 
Moga kita semua  berjiwa bersih dalam tarbiah ramadhan ini.
salam dpd ja

Tuesday, February 22, 2011

Alahai Bola Sepak

Pasukan bola sepak negara telah menjuarai Piala Suzuki. Thailand, Singapura dan Vietnam telah lama menjadi juara mendahului Malaysia. Tahun 6oan dan 70an negara tersebut tak berani angkat muka dengan Malaysia. Malahan Korea dan Jepun yang telah bermain dalam Piala Dunia sering dikalahkan oleh Malaysia terutama Jepun tidak pernah kalahkan Malaysia. Malahan Liga J yang gah itu pun mengambil Liga Semi Pro Malaysia sebagai contoh untuk membentuk liga bola sepak mereka.

Setelah dikritik hebat akhirnya Malaysia menjadi juara Piala Suzuki. Seluruh negara berasa bangga.Negara diistiharkan bercuti. Pemain disambut megah diarak keseluruh negara. Hadiah wang melimpah ruah oleh kerajaan persekutuan dan negeri. FAM juga sebagai badan induk tidak ketinggalan memberi sebanyak RM50 ribu kepada setiap pemain. Hitung panjang seorang pemain mendapat RM100 ribu.

Pencapaian negara dalam pertandingan bola sepak sebenarnya jauh lebih hebat dari itu. Malaysia telah berjaya ke Sukan Olimpik dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Piala Asia. Waktu itu apa pemain dapat. Malahan pasukan hoki negara mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Piala Asia selepas pasukan bola sepak menjuarai Piala Suzuki  tidak ada apa-apa sambutan pun.

Baru-baru ini Datuk Ling Chong Wei menjuarai pertandingan badminton Malaysia Terbuka tidak mendapat sebarang ganjaran pun selain wang hadiah pertandingan. Kalau begitu baik semua para pemain dan atlet negara bermain bola sepak sahaja.

Perdana Menteri dalam berita TV menyatakan bahawa sekolah mesti memain peranan dalam peningkatan mutu bola sepak. Perkara ini dah lama dah. Negara banyak memenangi kejohanan bola sepak peringkat umur. Banyak bakat muda sebenarnya dibazirkan. Mungkin ada sistem yang tidak betul. Kemajuan pembangunan negara dari segi ekonomi dan pembangunan tidak membawa peningkatan dalam mutu sukan. Bayangkan Malaysia dikalahkan oleh Vietnam dalam bola sepak. Pernah kalah kepada pasukan bola sepak Filipina dalam pertandingan Sukan SEA. Bola sepak bukan permainan utama Filipina.

Harap kemenangan Piala Suzuki itu menjadi pemangkin kepada kejuaraan yang lebih besar. Liga bola sepak Malaysia pula menjadi lebih hebat. Sukan bola sepak dapat menjulang Malaysia dalam peta dunia. Bagaimana prestasi pasukan negara menentang Pakistan nanti? Kita tunggu. Piala Suzuki tidak cukup membukti Malaysia dah cukup berjaya.                    
Salam dari.........ja

Saturday, October 30, 2010

KT78-31102010

     Sekarang cuma menghitung jam sahaja lagi. Esok akan ke Kelana Jaya untuk daftar pada pukul 3.30 petang. Persiapan terakhir telah dibuat. Begasi telah tersedia. Terkejut juga jadi satu beg besar. Yang terakhir terpaksa ke Padang Kota USJ - nasi kandaq.
     Dikunjungi emak saudara dan keluarga ketika nak ke kenduri walimah anak Kak Ram, terpaksalah dibatalkan, maaf Kak Ram. Pukul 3 petang dikunjungi jiran-jiran. Terima kasih sahabat. Terasa kasih dan sayang pada semua. Indahnya persahabatan. Maafkan saya. Saat ini teringat emak dan saudara mara di kampung. Syahdu rasanya. Seharusnya lebih mengerti nilai persahabatan dan ikatan keluarga.
     Dijangka ke KLIA 6 petang dan terbang pada pukul 8 malam. Selama 49 hari dan dijadual pulang pada 18 Disember dan tiba pada 19 Disember pukul 3 petang. Siapa datang ambil tak tahu lagi.
     Harap apa-apa yang dilakukan semuanya ikhlas dan diterima. Takut dan harap agar sentiasa berada dalam jiwa. Du'a dari semua sangat didambakan.
     Ampun dan maaf dari seluruh jiwa yang fakir ini. -ja-

Wednesday, October 13, 2010

Korban

1.Ibadat korban dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah.
2. Hukumnya sunat muakkad.
3. Sesiapa yang mempunyai syarat-syarat berikut dituntut berkorban.
3.1 Islam
3.2 Baligh dan berakal
3.3 Berkemampuan - orang berkemampuan ialah melebihi nafkah untuk dirinya dan dibawah tanggungannya sama ada makanan,pakaian dan tempat tinggal pada hari raya dan hari tasyrik.
4. Sunah kifayah iaitu Nabi s.a.w. tidak pernah meninggal ibadat korban setiap tahun.
5. Sangat dituntut sehinggakan ulama menegaskan bahawa setiap keluarga jika pun tidak setiap individu mesti berpakat untuk melakukan ibadat korban.
Kesimpulannya
7. Marilah kita lakukan ibadat korban.
8. Ibadat korban sangat dituntut.
9. Simpan RM1.00 x 365 hari sudah cukup untuk melaksanakan ibadat korban.
10. Marilah kita daftar nama untuk ibadat korban di surau/ masjid kariah masing-masing.
11. Berdu'alah agar setiap tahun kita dapat berkorban.
Daripada jiwa aduka yang fakir.

Tuesday, October 12, 2010

Jemputan

Dengan ini setelah diperkenankan oleh Majlis Permasyuran, maka dengan ini dijemput semua warga SKTDH2 hadir ke majlis kenduri d'ua selamat sempena keberangkatan ke tanah suci Mekah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 16.10.2010
Masa: Zohor - Sebelum Maghrib.
Tempat : De'Penantian
3 Jln TK 1/14 Taman Kinrara,Jln Puchong.

Daripada hamba yang fakir
Rahim Mohd Ramli