Tuesday, February 22, 2011

Alahai Bola Sepak

Pasukan bola sepak negara telah menjuarai Piala Suzuki. Thailand, Singapura dan Vietnam telah lama menjadi juara mendahului Malaysia. Tahun 6oan dan 70an negara tersebut tak berani angkat muka dengan Malaysia. Malahan Korea dan Jepun yang telah bermain dalam Piala Dunia sering dikalahkan oleh Malaysia terutama Jepun tidak pernah kalahkan Malaysia. Malahan Liga J yang gah itu pun mengambil Liga Semi Pro Malaysia sebagai contoh untuk membentuk liga bola sepak mereka.

Setelah dikritik hebat akhirnya Malaysia menjadi juara Piala Suzuki. Seluruh negara berasa bangga.Negara diistiharkan bercuti. Pemain disambut megah diarak keseluruh negara. Hadiah wang melimpah ruah oleh kerajaan persekutuan dan negeri. FAM juga sebagai badan induk tidak ketinggalan memberi sebanyak RM50 ribu kepada setiap pemain. Hitung panjang seorang pemain mendapat RM100 ribu.

Pencapaian negara dalam pertandingan bola sepak sebenarnya jauh lebih hebat dari itu. Malaysia telah berjaya ke Sukan Olimpik dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Piala Asia. Waktu itu apa pemain dapat. Malahan pasukan hoki negara mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Piala Asia selepas pasukan bola sepak menjuarai Piala Suzuki  tidak ada apa-apa sambutan pun.

Baru-baru ini Datuk Ling Chong Wei menjuarai pertandingan badminton Malaysia Terbuka tidak mendapat sebarang ganjaran pun selain wang hadiah pertandingan. Kalau begitu baik semua para pemain dan atlet negara bermain bola sepak sahaja.

Perdana Menteri dalam berita TV menyatakan bahawa sekolah mesti memain peranan dalam peningkatan mutu bola sepak. Perkara ini dah lama dah. Negara banyak memenangi kejohanan bola sepak peringkat umur. Banyak bakat muda sebenarnya dibazirkan. Mungkin ada sistem yang tidak betul. Kemajuan pembangunan negara dari segi ekonomi dan pembangunan tidak membawa peningkatan dalam mutu sukan. Bayangkan Malaysia dikalahkan oleh Vietnam dalam bola sepak. Pernah kalah kepada pasukan bola sepak Filipina dalam pertandingan Sukan SEA. Bola sepak bukan permainan utama Filipina.

Harap kemenangan Piala Suzuki itu menjadi pemangkin kepada kejuaraan yang lebih besar. Liga bola sepak Malaysia pula menjadi lebih hebat. Sukan bola sepak dapat menjulang Malaysia dalam peta dunia. Bagaimana prestasi pasukan negara menentang Pakistan nanti? Kita tunggu. Piala Suzuki tidak cukup membukti Malaysia dah cukup berjaya.                    
Salam dari.........ja