Saturday, October 30, 2010

KT78-31102010

     Sekarang cuma menghitung jam sahaja lagi. Esok akan ke Kelana Jaya untuk daftar pada pukul 3.30 petang. Persiapan terakhir telah dibuat. Begasi telah tersedia. Terkejut juga jadi satu beg besar. Yang terakhir terpaksa ke Padang Kota USJ - nasi kandaq.
     Dikunjungi emak saudara dan keluarga ketika nak ke kenduri walimah anak Kak Ram, terpaksalah dibatalkan, maaf Kak Ram. Pukul 3 petang dikunjungi jiran-jiran. Terima kasih sahabat. Terasa kasih dan sayang pada semua. Indahnya persahabatan. Maafkan saya. Saat ini teringat emak dan saudara mara di kampung. Syahdu rasanya. Seharusnya lebih mengerti nilai persahabatan dan ikatan keluarga.
     Dijangka ke KLIA 6 petang dan terbang pada pukul 8 malam. Selama 49 hari dan dijadual pulang pada 18 Disember dan tiba pada 19 Disember pukul 3 petang. Siapa datang ambil tak tahu lagi.
     Harap apa-apa yang dilakukan semuanya ikhlas dan diterima. Takut dan harap agar sentiasa berada dalam jiwa. Du'a dari semua sangat didambakan.
     Ampun dan maaf dari seluruh jiwa yang fakir ini. -ja-

Wednesday, October 13, 2010

Korban

1.Ibadat korban dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah.
2. Hukumnya sunat muakkad.
3. Sesiapa yang mempunyai syarat-syarat berikut dituntut berkorban.
3.1 Islam
3.2 Baligh dan berakal
3.3 Berkemampuan - orang berkemampuan ialah melebihi nafkah untuk dirinya dan dibawah tanggungannya sama ada makanan,pakaian dan tempat tinggal pada hari raya dan hari tasyrik.
4. Sunah kifayah iaitu Nabi s.a.w. tidak pernah meninggal ibadat korban setiap tahun.
5. Sangat dituntut sehinggakan ulama menegaskan bahawa setiap keluarga jika pun tidak setiap individu mesti berpakat untuk melakukan ibadat korban.
Kesimpulannya
7. Marilah kita lakukan ibadat korban.
8. Ibadat korban sangat dituntut.
9. Simpan RM1.00 x 365 hari sudah cukup untuk melaksanakan ibadat korban.
10. Marilah kita daftar nama untuk ibadat korban di surau/ masjid kariah masing-masing.
11. Berdu'alah agar setiap tahun kita dapat berkorban.
Daripada jiwa aduka yang fakir.

Tuesday, October 12, 2010

Jemputan

Dengan ini setelah diperkenankan oleh Majlis Permasyuran, maka dengan ini dijemput semua warga SKTDH2 hadir ke majlis kenduri d'ua selamat sempena keberangkatan ke tanah suci Mekah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 16.10.2010
Masa: Zohor - Sebelum Maghrib.
Tempat : De'Penantian
3 Jln TK 1/14 Taman Kinrara,Jln Puchong.

Daripada hamba yang fakir
Rahim Mohd Ramli